Assalamualaikum
wbt and what a beutyfull day…^^..
Masihkan
anda mengamalkan bedtime story untuk adik-adik @ anak-anak anda…?? sy
mempunyai dua orang adik (1 bro & 1 sis) yang boleh diketegorikan
sebagai kanak-kanak rebena tapi sy gelarkan dia0rang little monster,
mana taknya, siang & malam aktif bermain-main….. Main pulak bukannya tahap
kanak-kanak, sy selalu jadi mangsa westling..sumo...dia0rang..he3..,
Namun
bila tibanya waktu tidur mereka meregek mahukan bedtime story, trpaksa
lh sy memerah serebrum & sereblum bg mereka-reka cerita cuz diorang demand
story yang ceria, happening, plus gila-gila & tak nak
cerita yang boring, and ala-ala prince @ princess...
Bcoz nk
slalu update skill story taller nk dpt idea, terpaksalah sy kembali ke
zmn kanak-kanak, watch cartoon, reading kids books and sy akan combine
cerita yang sy rasakan dapat membuatkan adik2 sy terhibur, sy biasa menggunakan
idea cerita dalam cerita & gaya bahasa rojak(bhsa mudh utk knk2)........
Dan ini adalah slh 1 bedtime story yg
adk2 sy sukai & hope u all enjoy it..(“)(>o<)(“)
……..Di
suatu malam yang sejuk dan bulan penuh, tinggalh seorang nenek dan seorang
cucunya… knock3... si nenek mengetuk pintu bilik cucunya yang masih tidak dapat
melelapkan mata… "ala, cian cucu nenek, tak leh tido ek? tak pe..tak pe…
meh nenek bacakan bedtime story...." bicara si nenek penuh kasih
& saying…..^^
~….Cucunya
tersenyum sambil mengangguk-angguk kepalanya dan menunjukkan muka yang
tersangatlah excited(puppy eyes)… Namun si cucu mula demand...."tapi
nek.... dah boringlah ngan bedtime story versi domestik, yang
internasional ada??
si nenek
menjawab dengan muka semangat.. "hish! cucu nenek nih... mesti lah ada,
nenek kan ada broadband sekarang, so nenek selalu usha-usha
internet...bak kata dunia tanpa sempadan…”(adik2 sy terngaga cuz tak faham
statement nih..hu3)…..
cucunya
tersengih mengagumi si neneknya….."Wuyoo! nenek pun da modern
sekarang ek…hihi..
"Mestila!
tengoklah nenek siapa..hi3..(gelak si nenek terhenti)..uhuk!..uhuk!..si nenek
terbatuk kecil kerana asyik ketawa melayan cucunya..(batuk bahagia kerana cucu
di sisi & si cucu mula terharu dengan keikhlasan si nenek yang sudah
separuh abad…harmoninya…
Si nenek memulakan buah ceritanya…. “Tahu tak
apa cerita di sebalik lagenda serigala menyalak time bulan penuh?????
Ehem..ehem..(si
nenek cuba membetulkan tone kotak suaranya)….”once upon a time……………..
ada seekor serigala yang sangat bongkak, egoistic, sombong, makan
banyak..etc...di sebuah hutan belantara dekat Afrika yang famous
sebagai Negara safari…”
“Keangkuhan
dan kesombongan sang serigala ni memang sedia maklum oleh haiwan-haiwan lain…
pastu plus lak bad attitude yang suka melantak makanan haiwan-haiwan
lain, mana taknya, semua disapu asal melintas depan mata…”
“Akibat
terlalu tension dengan sikap serigala, s’ekor monyet yang mempunyai otak
geliga lagi mengeleggak cuba mencari helah untuk mengenakan dan memberi
pengajaran kepada sang serigala….”
“Nak dijadikan cerita, 1 malam bulan penuh,
macam biasalh rutin harian sang serigala mengunjungi tempat lepak haiwan-haiwan
lain untuk merampas makanan mereka,.. sesampainya di port lepak geng-geng
sang monyet, sang monyet yang memang menduga kunjungan horror itu telah menyambut
kedatangan sang serigala dengan senyuman hipokrit.. kalau dapat di view dalam
otak sang monyet, maka akan terpaparlah skrin yang menunjukkan neuron-neuron
sang monyet sedang galak bercantum dan mengeluarkan cas-cas elektrik yang
menghasilkan plan yang cam best and magnificent….”
“Sang
monyet memulakan bicara autanya, “wahai serigala yang gagah perkasa, mahukah
engkau merasa madu yang paling sedap di alam semesta..??”
“of
course!!” balas sang serigala dengan mata yang mungil(hehe..bukan bibir sahaja
yang mungil)..”
“Sang
monyet menyambung “ kau lihat di atas langit sana.. Ada sebiji buah yang masak
ranum(bulan penuh)… buah itu akan mengeluarkan madu yang super best,
tapi syaratnya kau hendaklah sabar menunggu sambil menadah mulut cuz
madu tu just keluar one time je.”
“Dengan semangat
membara & termengah-mengah, sang serigala terus belari anak mendaki bukit
dan menunggu madu penuh keterujaan… punyalah lama sang serigala setia menunggu
madu, years by years, sampaikan sang monyet pun naik kecian, tapi nak di
bagi tahu kebenaran takut lak makan backhand plus smackdown, jadi
sang monyet mengambil jalan selamat dengan membiarkan sahaja sang serigala
menunggu madunya…”
“Sang serigala
pula yang sememangnya kepunan nak merasa kononya super delicious honey
terus-menerus menunggu berketurunan lamanya…”
“Jadi rentetan daripada peristiwa inilah,
serigala akan menyalak sayu, kerana madu yang diidam-idamkan tak kunjug
tiba…..the end”
…kroh..kroh..zzzzzZZ..
“alahai dah tidur rupanya cucu kesayangan nenek, si nenek pun dengan penuh
kasih sayang membetulkan selimut cucunya, satu kucupan dari seorang nenek yang
tua singgah di dahi cucunya.. si nenek merenung cucunya sambil mengungkapkan
kata-kata manis.. “comel betul cucu aku, semoga dirimu menjadi orang yang
berguna…” perlahan-lahan si nenek menutup pintu bilik cucunya……the end….^^
P/s: ....^^....si cucu terlalu asyik mendengar
cerita neneknya, hinggakan tiada pertanyaan
diajukan, huh! Kalau adk2 sy, naik pening kne jwb soaln di0rg..huhu..
.....^^....tambahlh
senyuman & nilai2 murni dlam bedtime story anda, pstinya mninggalkan memori
indah buat adk2 @ ank2 anda..peace..^^